Sunday, September 30, 2012

Review Demak DX90

Demak DX90

review yg ditunggu sudah tiba.

dah sebulan aku guna demak dx90 ni, diguna hari2 ke tempat kerja (30km pergi-balik), beberapa short trip ride, dgn total kiraan kilometer 700km ntuk bulan pertama ini.

rasanyer cukup ntuk dikonklusikan.

sblom itu sedikit data berkenaan demak dx90 aku:
pemilikan: aku ke-2
tahun dibuat: 2010 (tahun didaftar 2010)
odometer: ~4800km (semasa pemilikan ~4100km)

dapat dilihat disini motor ini sudah berumur 2 thn.

BINAAN

kualiti binaan nampak kemas. semua masih intact. warna tidak pudar (tetapi ada kesan2 calar halus, mungkin akibat tiupan pasir semasa menunggang). tidaklah sekemas binaan honda wave/ex5, tp xde apa nak komen sgt pasal kualiti kasar pemasangan. kimpalan adalah sedikit kasar kualitinya, tp dari selain itu xde apa sgt.

TETAPI, kualiti crome exzos adalah sedikit mengecewakan. tidaklah teruk, tapi nampak sedikit2 kesan karat.

dan haritu cuci moto pakai water jet, pastu cam ada wap air plak dlm meter. tp skarang xde dah, dan xpernah pon berlaku masa hujan.

HANDLING DAN ENJIN

moto ni ringan, sangat ringan. seperti lebih ringan dari ex5. mcm basikal pon ada. kelebihan? xpenat mencilok waktu jem, senang nak doublestand, mcm bwk basikal. kawalan semasa kelajuan bwh 40kmg sgt cemerlang, tp pada kelajuan 70kmh keatas, rasa seperti kurang yakin sikit (bayangkan bwk basikal 70kmh)

perlu diingat enjin motor ni hanyalah 90cc. cukup untuk menggerakkan anda sahaja, mungkin tu diskripsi yg tepat. setakat ni siap dah naik genting dah moto ni, tiada masalah(tp slow la). maknanyer segala jln yg ada, dx90 ni mampu bawa anda. key word, BAWA ANDA. moto ni SANGAT PERLAHANNNN, xpernah berjaya kejar ex5 walau yg bwk sayur tu. kelajuan yg sedap motor ni adalah dlm 40kmh-70kmh. lebih dari 70kmh, moto akan terasa kasar, seperti bekerja keras, mcm nak terburai. top speed dlm 90kmh. tetapi GPS hanya menunjukkkan 70kmh je pada 90kmh meter. meter ralat dlm 20%. jika anda beli motor ini, ia akan bawa anda kemana sahaja, cuma tidak laju.

penggunaan minyak pula sekitar 50km/l pada kelajuan malar 50-70kmh.

brek pula menggunakan brek drum dpn belakang. OK la. bkn mcm disc brek yg tekan aja berhenti. cukup ntuk stop anda. motor pon bkn laju...

suspensi. tiada komen tentang suspensi belakang, sama seperti motor lain. tetapi suspensi dpn guna suspensi klasik, xtau apa nama dier. moto moden menggunakan suspensi dpn teleskopik. 'travel length' suspensi dpn DX90 ni pendek, ketidakrataan kecil pada jln diserap baik, TETAPI, bagi lopak besar atau bonggol jln, akibat dari 'travel leght' yg pendek ni, suspensi xdpt menyerap hentakan sepenuhnya.

sekian sedikit gambar2




Wednesday, September 12, 2012

LadyBug remote controlled quadcopter

beberapa minggu yg lalu, semasa sedang browsing youtube helicopter RC (walaupon dah tinggalkan arean heli/plane RC atas dasar kewangan, jiwa masih membuak2 nak main), kelihatan satu jenis heli terbaru dinamakan QUADCOPTER.

apakah itu QUADCOPTER?

quoted from wikipedia;
"A quadrotor, also called a quadrotor helicopter or quadcopter, is a multicopter that is lifted and propelled by four rotors. Quadrotors are classified as rotorcraft, as opposed to fixed-wing aircraft, because their lift is generated by a set of revolving narrow-chord airfoils. Unlike most helicopters, quadrotors generally use symmetrically pitched blades; these can be adjusted as a group, a property known as 'collective', but not individually based upon the blade's position in the rotor disc, which is called 'cyclic' (see helicopter). Control of vehicle motion is achieved by altering the pitch and/or rotation rate of one or more rotor discs, thereby changing its torque load and thrust/lift characteristics."

kejadah?? nah bagi gambar senang sikit




kan senang ada gambar kan? helikopter berkipas empat je... ceh..

ok la, berbalik kepada cerita... haritu aku ikut kawan ke berjaya times square untuk ambil beliau punya ipad yg diservis.

boring punya pasal, aku pun jalan2 dlu sementara dier tunggu turn nak collect ipad dier. so aku pon jalan2 la window shopping kat time square.... teringat pula pada quadcopter yuotube tempoh hari.......(jeng jeng jeng..)

time square ni mmg banyak kedai hobi permainan (bkn kedai mainan cam toysaurus k!). ada 4 kedai kalau xsilap specialist untuk hobi (sedia khidmat runding/repair/upgrade), kebanyakan di tingkat 6 dan 7.

sementara tunggu kwn aku ni, aku pon jalan2 di kedai hobi tu, cuci mata dgn model2 airplane rc terbaru, tgk2 harga heli semasa dan juga aksesori2 terbaru. xde byk beza (kecewa). titibe aku nampak quadcopter. tada!! :)

short story, kawan aku dah siap amik ipad dier, kami pon berangkat ke kedai quadcopter td.

ekceli, kedai ni dulunyer aku dan ayah adalah loyal customer, siap kenal dan siap men heli sama2 ngan derang, dah habis nak dkt rm5-7K kat kedai derang aje ntuk hobi heli/plane ni(salah satu sebab kenapa bersara).

masuk je kedai(masuk curi2), 'helo abg, lama xnampak', sapa pemilik kedai.
aku:'hehehe, suda lama xmain, sekarang dah kerja, xde masa', cubaan cover aku
pemilik kedai: 'ayah pon suda xda main ke?' (cover terkantoi)
aku:'ala dier pon dah xmain, saya xde main dier pon xde geng nak main lagipon dah xde tempat nak main ma... bla bla bla...' (cubaan coverup).
pemilik kedai: 'oooo, yala yala... sikalang mau cari apa?'
aku: 'mau tgk itu quadcopter ladybird'

dier pon kasi la testing main quadcopter tu. aku test yg kecik aje, sebesar tapak tgn, sbb nak main dlm umah je. hampeh, nak terbangkan pon xmampu dek skill yg dah karat ni....

yg kelakarnyer, kawan aku ni pulak yg cam berminat..... hehe

tanya harga, rm130 aje???? trus aku sambar haha. kawan aku tu pon sambar gak, siap beli lagi satu heli, hik hik hik...

  

panjang pulak entry ni... nnt2 la sambung, hehe

Sunday, September 9, 2012

Demak DX90

sudah lama x update blog...

 aku baru beli moto, ni moto yg ke-ntah-keberapa dah.

 nama moto? demak DX90 aka klon honda c70 lampu bulat.

Honda C70

demak dx90


demak dx90 haku..

xserupa dan xsama hahaha. xleh klon sebijik2.

spesifikasi:
dimensi (mm)                1840*670*1110
berat kering                    85 kg
enjin                               selinder tunggal, sejukan udara, 4-lejang
kapasiti enjin                 89sp
gear                                separa-automatik 4 kelajuan (rotary)
penghidup                      tendang dan elektrik
bateri                              12V 5AH
brek                                drum depan dan belakang
tayar                               (d) 2.50*17, (b) 2.75*17
tangki                              3L

 Kenapa aku beli? sbb nampak comel di mata aku, ingin ku menunggannyer....*slurrp*

beli kat kg pandan, 2nd hand thn 2010, dgn perbatuan 4000km. harga 1800 OTR. kalau beli baru, kedai tu bagi rm3300 OTR. sememangnyer demak ini antara yang termurah di pasaran..

setakat ni baru 2hari je guna, nak tulis review pon xguna abes agi. tp yg pasti, moto ni X LAJU!! max dier dlm 80-90kmh, tp paling best bwk dlm 60-70kmh. kalo speed ikut gps, meter dier ralat dlm 10-20% camtu (tp gps pon ada ralat jugak hehe).

akan tetapi(cewah), motor ini tidak direka untuk kelajuan. bila naik pon xde rasa nak bwk laju(melainkan rempit ex5 potong kat sebelah). mmg santai, terasa klasik, hilang dlm minda sendiri....

nantikan review penuh nnt (kalo aku ingat)

Wednesday, November 3, 2010

Oh! Sizuka ku tunggu mu

cam dah lama lagu ni tp baru dgr, best plak, hehe

lagu cam comel, video pon cam comel jugak

go pop shuvit!



INTRO

Tiada yang umpama kasih yang pertama
Ku luaskan indera merangkul adinda
Tiada yang sejati tiada yang seindah
Kasihmu ku bawa ke mana saja

VERSE

Di langit bumi kota Nagoya
Berputik cinta ku semula
Sekian lama ku kecewa
Hadirmu bagai lentera

Hampir layu ku separuh mati
Di belai ku kasihmu bersemi
Kau suntikku lalu kau bisik

Mata terpejamku celik
Semangat berputik
Kerna kau tak peduli
Trimaku sepenuh hati

Mata terpejamku celik
Semangat berputik
Kerana kau beri Mentari
Kembali Percaya diri

CHORUS

Oh Sizuka
Ku tunggumu
Na……
Oh Sizuka
Ku tunggu panggilanmu

VERSE

Oh sizuka konichiwa
Apa Khabarmu
Oh sizuka ku tak lupa
Ingatkah kamu
Oh sizuka Bila waktu
Lamaku tunggu
Oh sizuka Ku tunggu panggilanmu

OUTRO

Aishiteru sayang Sizuka
(Tunggu ku di sana)
Kisu shite mo-ii Sizuka
(selamanya)
Itsumo suki-dayo Sizuka
(Kita kan bersama)
Aishiteru sayang Sizuka
(Ke akhirnya)

Music by Pop Shuvit
Lyrics by Tukang Kata

Sunday, October 17, 2010

fat tail gerbil 2

hehe, nak letak lagi gambar2 fat tail gerbil ku ntuk tatapan umum.

ada 2 ekor, satu jantan satu betina. yg kecik tu jantan, yg besar tu betina.

jantan umur 2 bulan, betina dlm 6 bulan.

dua2 tidak dinamakan lagi, hehe. korang nak namakan ke?






Wednesday, October 13, 2010

fat tail gerbil ku!!

nah tgk la fat tail gerbil ako yg cumil, jgn jelez..

Thursday, October 7, 2010

guling guling guling!

dalam lebih kurang 8 tahun yg lalu, terdapat satu fenomena berlaku kepada diriku..

setiap hari guling guling guling guling YEAH! guling guling guling WOOH!

yea, itulah lagu dari kumpulan limp biskut mary, rollin:

Keep rollin' rollin' rollin' rollin' (x4) [sambil menggoyangkan kepala dan mengangkat tangan dgr radio kuat2 cam org xbetul]

kini, mereka cuba kembali, dgn line-up asal dulu2 yg best! yeah! wuhuu!!!

Saturday, August 21, 2010

acer aspire 1410

setelah banyak berjual beli laptop 2nd hand, akhirnya ako mampu membeli sebuah komputer yang ako idam-idamkan sejak dari dulu lagi, acer aspire 1410, 1st hand agi tau! hehe

laptop ni(atau juga netbook sbb kecil) dah lama kat pasaran, dah xjual dah pon, tp ako bru je nak bli, huhu.

spec:

intel celeron processor su2300 (1.2ghz, 800mhz FSB)
11.6" hd acer led lcd (1366x768)
intel gma 4500mhd graphics
1gb of ram memory
250gb hard disk capasity
card reader
802.11b/g/n wlan
bleutooth 2.1 + edr
acer crystal eye webcam
6 cell 48Wh li-ion battery

laptop ni mmg kecil, lebih kecil dari saiz a4 paper, so ia di-design untul mobility, untuk mereka yg 'on the go' sbb kecil, boleh masuk beg je. berat juga ringan dalam 1.5kg je dgn battery.

dijual pada harga rm1300 time ako beli, ia mahal sikit je dari netbook2 yg dijual di pasaran seperti eeepc series, acer aspire one series, dell mini series. harga mereka dalam lingkungan rm1000-rm1300 ikut spec masing2, so acer aspire 1410 ako ni hanya mahal dalam rm100-200 sahaja.

tp acer aspire 1410 ni bknlah netbook, ia lebih dari sekadar netbokk, ia ultraportable.

kenapa dier lebih? mari kita tengok.

1) skrin
paling ako suka adalah skrin. skrin dier 11.6" 1.6" lebih dari netbook. tapi bkn saiz tu je yg lebih, resolution dier juga lebih. 1366x768 vs 1200x600 dlm kebanyakan netbook. apa lebihnyer? maknanyer dgn laptop ni, kurang skrol browser internet sbb resolution ketinggian dier lebih

2) processor
untuk pengetahuan korang, proc dier ni 3 kali ganda lebih power dari proc atom dlm netbook walaupon hanya 1.2ghz. mudah ble nak wat keje2 word atau men game, laju je sume, hehe

3) ram
laptop ni ada 2 slot ram dgn kapasiti akhir 4gb ram(2gbx2). netbook hanya 2gb max(2gbx1)

4)graphic
laptop ni guna 4500mhd sebagai chip grafik. xde la bole men games sgt ke ape, tp sekadar counter strike tu xde hal nyer. juga berkemampuan untuk main video fullHD. netbook kebanyakannyer xmampu main fullHD video.

kelemahan:

kelemahan yg nyata dari netbook, senang cakap, hanyalah dari kemampuan bateri...
nak banding ngan netbook 6-cell battery, sekarang sume standard dpt lebih 8 jam. laptop ni hanyalah 4-6jam sahaja. tp ini dah lebih dari cukup, xkan nak lepak mamak berjam2? tgk bola pon 2 jam lebih je kan? hehe.

lagi satu, sbb skrin kecik, kalo tenung lama2 juling gak la mata, yg mana xtahan tgk skrin komputer lama2, amikla laptop yg skrin 14" tu.

kata akhir:
mmg best ntuk yg suke men tenet kat starbuck, coffee bean mahupon mamak. ringan,agak power dari netbook, harga mengancam.
sekarang ni susah nak carik saiz skrin 11.6" ni, cam ako ckp, ni pon dah xjual.
ako suspek intel xkasi keluarkan dah, sbb menggangu sales intel atom untuk netbook.

yg paling dkt sekarang hanyala dari amd, asus eepc 1201t, dlm rm1400++, tapi skrin 12"

Thursday, August 19, 2010

dlm malam yg sejuk rocking

rupenyer, dlm ketidak-tidoran malam ni tidak dalam sia2.

kedengaran sayup2 bunyi dari radio suara yg dikenali..

'eh, ni cam good charlotte..' monolog ku sendirian

rupenyer nak kuar album baru dah, huraayy!!!

tepat pada masanyer ketika rocker semakin ketandusan.

mari kita degar-dengarkan lagu itu.

gejala xtido malam

dah pukul 4.20 tp xleh tdo.

kalo blaja xpe jugak.

hujan turun begitu sejuk.

japgi pegi kedai mamak depan kolej sahur.

harap pastu bleh la tido.

perot kenyang tido pon senang! :)

Tuesday, March 16, 2010

temuduga SPA

bkn SPA Q, tetapi suruhanjaya perkhidmatan awam.

nak kerja gomen interbiu ngan depa

ntuk dak medik uitm tarikh 17-19/3/10. so skarang sume ngah panik la ni.

hafal menteri la, rukun negara, rukun iman sume la nak hafal harini, hehe

giler ar dak nak jadik dr dah, takutnyer, huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.

update pas ni yer, ako interbiu 18/3/10, jeng3...

Thursday, March 11, 2010

Tuesday, March 9, 2010

Hamster!!

setelah sekian lama xblog(sbb xtau nak tulis ape, akhirnyer ako blog kembali kerana hamster yg bru dibeli ini.

nama diorang kadir & alice, mana kadir, mana alice, xtau agi sbb xcek jantina agi, jgn kadir & ali-ce sudah, hee~

sedikit gambir mereka






cumil kan..

Wednesday, December 9, 2009

Fuh, setahun telah berlalu...

urgh2, dah sawang2 dah blog ni...
cam blog berhantu pon ada, huhu

anyway, esok exam, dan harini bru nak revive blog, hehe

owh, bru juga reset password gmail, tu bru bleh masuk ni, haha

Tuesday, October 7, 2008

My gosh!

raya telahpon berlalu, skarang kna blaja balik, huhuhu. tp jgn bersedih! kerna belt-cp ku telah hidup kembali!! YEEAAH!!!! hehe. proses2 pembaikan telah dilakukan sebelum berhari raya, tp malangnyer, xcukup ruang bonet nak bwk heli tu plak balik kampung, huhuhu. well, harga?? MY GOSH!! MAHALLNYEERR.... RM303, huhuhu. ini kerana ako telah wat sedikit modifikasi pada heli ako, hehe. the details are...(tp xigat sgt la, agak2 je ni, hehe)

feathering shaf=rm15
main shaft=rm25
tail boom=rm20
wood blade=rm30
main gear=rm25
Etc=~rm30
upgrade:
30A ESC=rm160
Esky head lock gyro=free!!(curik dr adik, hehe)
Carbon fiber blade=free!! (curik dr ayah plak, hehe)




Saturday, September 27, 2008

Cuti raya!! hehe

Yay!! harini fakulti ako telah diistiharkan bercuti raya!! hehe. Bercuti raya selama seminggu, hehe. walaupon begitu, tahun in seperti tiada semangat untuk menyambut raya....

Baju melayu ako guna yg tahun lepas jek, papa ngan mama pon x amik cuti agi hingga ke saat2 akhir... lagipon, hanya tinggal tok sahaja kat ipoh. mungkin itu salah satu sebeb mengapa tahun ini tidak semeriah tahun2 terdahulu... huhu.

memandangkan cuti raya ini agak panjang, ako telah keluar menemankan hidayah bershopping raya semalam, hehe. ye lah, nnt seminggu xberjumpa kan..... mulanyer nak gi kat jusco kepong jek, last2 pergi one utama plak, hehe. Jalan pergi adalah clear, tapi ada jem sket sbb lori rosak, huhu.




mungkin sume org dah nak balik raya kot, xgi shopping dah, hehe. Sesampainyer kat sana, turun2 jek kat kedai2 dier, kitorang trus cam sesat2 sket dah, hehe. fuh, penat berjalan kat sini, panjang sgt shopping complex dier, dah la puasa, hehe.
walaupon ini kali ke-3 kitorang meneroka OU ni, ni lah 1st time kitorang jumpa panggung wayang yang agi sekor tu...(xingat nama panggung, hehe). lantas kitorang membuat konklusi,"OU memang xtersusun kedainyer..."

Sesampainyer kat sana dlm kul 3.30, kitorang telah meronda kat sana sehingga kul 7, fuh, penat gak shopping time puasa ni, hehe. akibat kedai yg berterabur(menyebabkan kitorang sesat2, hehe), kitorang gi kat Jusco OU jek, senang, all in one, hehe.
so, hidayah pon memilih2 la baju2 ntuk dipakai raya sambil ako melihat2 ok ke x walaupon ako rabun warna, haha. ble dah abes shopping dah kul 6.30, kitorang gi pizzahut pastu.."sorry cik, sume dah penuh...". urgh, hampa... lantas kitorang pikir baik balik selayang mkn western, hehe.




so kitorang bli la air kat watson pastu gi kat kedai western tu... ako mmg suke sgt mkn benda bernama chicken golden blue kat situ, walaupon mknan tu xde warna golden atau blue pon, hehe. bende ni hidayah la yg introduce dlu2, dier chicken chop yg ada cheese kat dlm dier, YUM2!!, hehe.





Sedap hingga menjilat jari! hahaha. pas mkn trus balik umah kat jemerlang, pastu trus tertido sampai ke sahur, huhu, krooh... krooh... krooh...

Thursday, September 25, 2008

Rindu Belt-CP ako!!!


Masuk hari ni, dah 3 hari ako xmain helikopter kesayangan ako.... walaupon ako ada spare Honey Bee FP ako, ia tiada tandingan ngan Belt-CP ku... uuu.... sedih tatkala mengenang heli tu rosak...(serta kos2 yang bakal ditanggung, hehe).



Berlaku ketika hari isnin petang, ako bru jek wat adjustment kat pitch heli tu... kira nak test la petang tu... akibat ketidak-pro-an ako, heli itu menjadi tidak stabil...




hilang kawalan dan langgar dahan pokok pastu tussh, jatuh atas kete org, hehe. ako pon amik dan cabut lari la!! hahaha.....
dijangka kos pembaik pulihan adalah rm70... haih.... ni dah kali ke-3 crash ni dlm sebulan... haih agi skali...



Gatal tangan 2

Akibat membuak2 rasa nak guna kad maybank debit visa baru ako tu, ako pon pergi membeli pencuci muka... mulanyer hidayah yg nak gi beli barang ngan eskrem mcd, last2 ako yg gi bli pencuci muka skali, hehe.



alkisahnyer berlaku kat guardian selayang kapitol.... akibat membuak2 nak guna kad, tgn ako laju jek amik pencuci muka loreal pure zone deep exfoliating gel wash, hehe.
sampai jek kat kaunter,"ehehe, kak, nak beli ni bleh bayar pakai kad visa x? eheh" tanyer ako tersipu2 malu...

akak yg cam dah menhidu sesuatu yg ganjil pon kata "bole2". jeng2!, pantas ako keluarkan kad tu, hehe."hehe, first time ni kak, nak test guna, hehe", sapa ako nak cover bli barang rm16.90 jek pon nak guna kad, hehe.




rupa2nyer lama gak nak tunggu kad tu nak cam di'verified'kan. "tret... tret..."pastu kuar la kertas kat mesin kad tu...
"sila tandatangan kat sini ek", wahh... ako terasa cam org kaya plak, hehe. selalu papa jek yg wat ni, hehe. dah sain2, ako trus nak blah...
"eh2, tunggu resit dlu..." hahaha, malunyer xterkata, hehe. tapi selepas pengalaman ni, ako nekad nak guna kad je la, senang+perasan macho, hehe. sekali lagi ako bertindak jakun... hehe

Gatal tangan

2 hari lepas, hati ako tergerak nak wat debit card, kunun nak jadik hitech going cashless la kununnyer, hahaha(pengaruh tv, hehe).
semuanya bermula time dlu2 ako tgk iklan kad debit mastercard, yg dier wat gi bayar wayang xpayah nak beratur nak kuar duit kat ATM tu, ako pon berkata, "best gak ada kad ni, bleh kuar ngan dayah, hehe". lantas, operasi search n rescue pon dilakukan tapi hampa, kna wat ngan eon bank atau affin bank, pastu mahal gak la yearly fee dier, huhuhu =(.

search2 agi kat internet, jumpa plak maybank debit visa... cambest jek kad ni sbb ako dah ada akaun maybank... fuh, xde yearly fee tu kad ni!!! cuma kna bayar rm 12 jek nak tukar dari kad ATM maybank biasa tu ke yg baru ni, hehe. rupenyer kad ni dah lama gak kat pasaran, ako yg katak bwh tempurung, huhu. secepat cipan ako ke maybank terdekat, iaitu kat cawangan bandar baru selayang ntuk membuat kad tu..

Sesempainyer ako di situ, timbullah permasalahan, jeng3... kad mykad ako xdpt dibaca... APA???! urgh, xdpt nak detect cap jari ako rupenyer... jariku menghidap sakit berpeluh(hiperhydrosis), basah reader org maybank tu ako kerjakan. ternampak muka kecewa ako, abg bank tu memujukku, "xpe dik, adik gi kat JPN suro dier wat chip print...pastu dtg sini balik ye, bank tutup kul 4.30". walaupon ako tatau chip print tu ape, lebih merisaukan ako tatau JPN tu kat mana....(hati nak gak wat kad tu) "err, JPN tu kat mana bang?", "ala,kat sebelah masjid batu caves tu..". tergamam ako, masjid batu caves? xleh jadik ni,"ooo, masjid batu cave ek? kat mana ek tu? saya bru blaja sini, tatau jalan, hehe" cover line ako ngan muke comel ako walaupon hakikatnyer, dah setahun lebey ako dok kat area selayang, hehe.



panjang cerita dipendekan, ako berjaya jumpa JPN tu akhirnyer dan berjaya gak wat kad maybank debit visa tu aritu gak! yay! hehehe. jadikla ako org jakun xpenah tgk kad aritu... hehehe