Sunday, September 30, 2012

Review Demak DX90

Demak DX90

review yg ditunggu sudah tiba.

dah sebulan aku guna demak dx90 ni, diguna hari2 ke tempat kerja (30km pergi-balik), beberapa short trip ride, dgn total kiraan kilometer 700km ntuk bulan pertama ini.

rasanyer cukup ntuk dikonklusikan.

sblom itu sedikit data berkenaan demak dx90 aku:
pemilikan: aku ke-2
tahun dibuat: 2010 (tahun didaftar 2010)
odometer: ~4800km (semasa pemilikan ~4100km)

dapat dilihat disini motor ini sudah berumur 2 thn.

BINAAN

kualiti binaan nampak kemas. semua masih intact. warna tidak pudar (tetapi ada kesan2 calar halus, mungkin akibat tiupan pasir semasa menunggang). tidaklah sekemas binaan honda wave/ex5, tp xde apa nak komen sgt pasal kualiti kasar pemasangan. kimpalan adalah sedikit kasar kualitinya, tp dari selain itu xde apa sgt.

TETAPI, kualiti crome exzos adalah sedikit mengecewakan. tidaklah teruk, tapi nampak sedikit2 kesan karat.

dan haritu cuci moto pakai water jet, pastu cam ada wap air plak dlm meter. tp skarang xde dah, dan xpernah pon berlaku masa hujan.

HANDLING DAN ENJIN

moto ni ringan, sangat ringan. seperti lebih ringan dari ex5. mcm basikal pon ada. kelebihan? xpenat mencilok waktu jem, senang nak doublestand, mcm bwk basikal. kawalan semasa kelajuan bwh 40kmg sgt cemerlang, tp pada kelajuan 70kmh keatas, rasa seperti kurang yakin sikit (bayangkan bwk basikal 70kmh)

perlu diingat enjin motor ni hanyalah 90cc. cukup untuk menggerakkan anda sahaja, mungkin tu diskripsi yg tepat. setakat ni siap dah naik genting dah moto ni, tiada masalah(tp slow la). maknanyer segala jln yg ada, dx90 ni mampu bawa anda. key word, BAWA ANDA. moto ni SANGAT PERLAHANNNN, xpernah berjaya kejar ex5 walau yg bwk sayur tu. kelajuan yg sedap motor ni adalah dlm 40kmh-70kmh. lebih dari 70kmh, moto akan terasa kasar, seperti bekerja keras, mcm nak terburai. top speed dlm 90kmh. tetapi GPS hanya menunjukkkan 70kmh je pada 90kmh meter. meter ralat dlm 20%. jika anda beli motor ini, ia akan bawa anda kemana sahaja, cuma tidak laju.

penggunaan minyak pula sekitar 50km/l pada kelajuan malar 50-70kmh.

brek pula menggunakan brek drum dpn belakang. OK la. bkn mcm disc brek yg tekan aja berhenti. cukup ntuk stop anda. motor pon bkn laju...

suspensi. tiada komen tentang suspensi belakang, sama seperti motor lain. tetapi suspensi dpn guna suspensi klasik, xtau apa nama dier. moto moden menggunakan suspensi dpn teleskopik. 'travel length' suspensi dpn DX90 ni pendek, ketidakrataan kecil pada jln diserap baik, TETAPI, bagi lopak besar atau bonggol jln, akibat dari 'travel leght' yg pendek ni, suspensi xdpt menyerap hentakan sepenuhnya.

sekian sedikit gambar2




10 comments:

Seriau.Inc said...

salam.
nice review.
sekarang dah hampir setahun daripada tarikh review tu. bole saya tahu camne prsetasi, kualiti dan problem terkini motor tu? sy berminat nk beli demak jenis ex90. tapi xde plak org bagi review mcm ni. agaknya lebih kurang la kualiti dx dan ex ni. motor tu je la yang murah dan mampu saya nak beli buat pegi keje nanti. bulan depan baru start keje jadi memang kritikal nk cari motor yang bagus. kalau motor ni byk masalah, saya kena kluarkan duit lebih sket la utk beli kriss MR1. harap tuan bole luang sket masa update ttg keadaan terkini motor demak tu. tqvm

Bahulu Studio said...

bagaimana prestasi motor nii..
ada masalah enjin atau lain2
part2 honda ex5 boleh guna pakai pada demek niii

Azlan Ramli said...

Salam.

Terima kasih dgn review anda.

Petang semalam, saya dan pakcik saya beli sekali 2 bijik DX90 di sebuah kedai moto di Senawang, Negri Sembilan.

Kami nak simpan di rumah hujung minggu kami di Seri Menanti... senang nak ronda-ronda di sekitar kampung, dgn jalan-jalan yg kecik dan sempit.

Insya Allah, hari esok (Rabu) atau Khamis ambik dan terus bawak ke S.Menanti.

Saya tak sangka yg moto ni ada 4-speed. Lagi syok dari Honda Cub lama tu. Electric starter... lagi best! Memang moto ni klon Honda Cub lampu bulat yang masih lagi dikeluarkan di Jepun (utk pasaran Jepun sahaja) sehingga ke hari ini.

- Azlan.

Unknown said...

Assalammualaikum.. ada sesiapa mencari motor ini..motor menang cabutan bertuah.. baru menang.. x pernah pakai..nak tolak murah2 jer.. sila hubungi saya 0129597081.tq

Duwey said...

Bro, boleh tau tak mana nak cari sport rim untuk motor ni..nak tukar tubeless tyre, asyik bocor je tube..huhu

manmamat@gmail.com said...

Jentera yang mesra Tuan. Ia tidak manja sangat walaupun bukan untuk dilasakkan. Padan dengan harga yang murah

manmamat@gmail.com said...

Jentera yang mesra Tuan. Ia tidak manja sangat walaupun bukan untuk dilasakkan. Padan dengan harga yang murah

joyz said...

bro sapepart tau tak mane nak cari? seat dx90 dah rabak la

tu dok ku said...

kat sentul syurga motor jenis kap cai tn

Faiz said...

Boleh untuk ulang alik ke sekolah