sudah lama x update blog...
aku baru beli moto, ni moto yg ke-ntah-keberapa dah.
nama moto? demak DX90 aka klon honda c70 lampu bulat.
Honda C70
demak dx90
demak dx90 haku..
xserupa dan xsama hahaha. xleh klon sebijik2.
spesifikasi:
dimensi (mm) 1840*670*1110
berat kering 85 kg
enjin selinder tunggal, sejukan udara, 4-lejang
kapasiti enjin 89sp
gear separa-automatik 4 kelajuan (rotary)
penghidup tendang dan elektrik
bateri 12V 5AH
brek drum depan dan belakang
tayar (d) 2.50*17, (b) 2.75*17
tangki 3L
Kenapa aku beli? sbb nampak comel di mata aku, ingin ku menunggannyer....*slurrp*
beli kat kg pandan, 2nd hand thn 2010, dgn perbatuan 4000km. harga 1800 OTR. kalau beli baru, kedai tu bagi rm3300 OTR. sememangnyer demak ini antara yang termurah di pasaran..
setakat ni baru 2hari je guna, nak tulis review pon xguna abes agi. tp yg pasti, moto ni X LAJU!! max dier dlm 80-90kmh, tp paling best bwk dlm 60-70kmh. kalo speed ikut gps, meter dier ralat dlm 10-20% camtu (tp gps pon ada ralat jugak hehe).
akan tetapi(cewah), motor ini tidak direka untuk kelajuan. bila naik pon xde rasa nak bwk laju(melainkan rempit ex5 potong kat sebelah). mmg santai, terasa klasik, hilang dlm minda sendiri....
nantikan review penuh nnt (kalo aku ingat)
1 comment:
Post a Comment