Wednesday, September 12, 2012

LadyBug remote controlled quadcopter

beberapa minggu yg lalu, semasa sedang browsing youtube helicopter RC (walaupon dah tinggalkan arean heli/plane RC atas dasar kewangan, jiwa masih membuak2 nak main), kelihatan satu jenis heli terbaru dinamakan QUADCOPTER.

apakah itu QUADCOPTER?

quoted from wikipedia;
"A quadrotor, also called a quadrotor helicopter or quadcopter, is a multicopter that is lifted and propelled by four rotors. Quadrotors are classified as rotorcraft, as opposed to fixed-wing aircraft, because their lift is generated by a set of revolving narrow-chord airfoils. Unlike most helicopters, quadrotors generally use symmetrically pitched blades; these can be adjusted as a group, a property known as 'collective', but not individually based upon the blade's position in the rotor disc, which is called 'cyclic' (see helicopter). Control of vehicle motion is achieved by altering the pitch and/or rotation rate of one or more rotor discs, thereby changing its torque load and thrust/lift characteristics."

kejadah?? nah bagi gambar senang sikit




kan senang ada gambar kan? helikopter berkipas empat je... ceh..

ok la, berbalik kepada cerita... haritu aku ikut kawan ke berjaya times square untuk ambil beliau punya ipad yg diservis.

boring punya pasal, aku pun jalan2 dlu sementara dier tunggu turn nak collect ipad dier. so aku pon jalan2 la window shopping kat time square.... teringat pula pada quadcopter yuotube tempoh hari.......(jeng jeng jeng..)

time square ni mmg banyak kedai hobi permainan (bkn kedai mainan cam toysaurus k!). ada 4 kedai kalau xsilap specialist untuk hobi (sedia khidmat runding/repair/upgrade), kebanyakan di tingkat 6 dan 7.

sementara tunggu kwn aku ni, aku pon jalan2 di kedai hobi tu, cuci mata dgn model2 airplane rc terbaru, tgk2 harga heli semasa dan juga aksesori2 terbaru. xde byk beza (kecewa). titibe aku nampak quadcopter. tada!! :)

short story, kawan aku dah siap amik ipad dier, kami pon berangkat ke kedai quadcopter td.

ekceli, kedai ni dulunyer aku dan ayah adalah loyal customer, siap kenal dan siap men heli sama2 ngan derang, dah habis nak dkt rm5-7K kat kedai derang aje ntuk hobi heli/plane ni(salah satu sebab kenapa bersara).

masuk je kedai(masuk curi2), 'helo abg, lama xnampak', sapa pemilik kedai.
aku:'hehehe, suda lama xmain, sekarang dah kerja, xde masa', cubaan cover aku
pemilik kedai: 'ayah pon suda xda main ke?' (cover terkantoi)
aku:'ala dier pon dah xmain, saya xde main dier pon xde geng nak main lagipon dah xde tempat nak main ma... bla bla bla...' (cubaan coverup).
pemilik kedai: 'oooo, yala yala... sikalang mau cari apa?'
aku: 'mau tgk itu quadcopter ladybird'

dier pon kasi la testing main quadcopter tu. aku test yg kecik aje, sebesar tapak tgn, sbb nak main dlm umah je. hampeh, nak terbangkan pon xmampu dek skill yg dah karat ni....

yg kelakarnyer, kawan aku ni pulak yg cam berminat..... hehe

tanya harga, rm130 aje???? trus aku sambar haha. kawan aku tu pon sambar gak, siap beli lagi satu heli, hik hik hik...

  

panjang pulak entry ni... nnt2 la sambung, hehe