Tuesday, October 7, 2008

My gosh!

raya telahpon berlalu, skarang kna blaja balik, huhuhu. tp jgn bersedih! kerna belt-cp ku telah hidup kembali!! YEEAAH!!!! hehe. proses2 pembaikan telah dilakukan sebelum berhari raya, tp malangnyer, xcukup ruang bonet nak bwk heli tu plak balik kampung, huhuhu. well, harga?? MY GOSH!! MAHALLNYEERR.... RM303, huhuhu. ini kerana ako telah wat sedikit modifikasi pada heli ako, hehe. the details are...(tp xigat sgt la, agak2 je ni, hehe)

feathering shaf=rm15
main shaft=rm25
tail boom=rm20
wood blade=rm30
main gear=rm25
Etc=~rm30
upgrade:
30A ESC=rm160
Esky head lock gyro=free!!(curik dr adik, hehe)
Carbon fiber blade=free!! (curik dr ayah plak, hehe)




Saturday, September 27, 2008

Cuti raya!! hehe

Yay!! harini fakulti ako telah diistiharkan bercuti raya!! hehe. Bercuti raya selama seminggu, hehe. walaupon begitu, tahun in seperti tiada semangat untuk menyambut raya....

Baju melayu ako guna yg tahun lepas jek, papa ngan mama pon x amik cuti agi hingga ke saat2 akhir... lagipon, hanya tinggal tok sahaja kat ipoh. mungkin itu salah satu sebeb mengapa tahun ini tidak semeriah tahun2 terdahulu... huhu.

memandangkan cuti raya ini agak panjang, ako telah keluar menemankan hidayah bershopping raya semalam, hehe. ye lah, nnt seminggu xberjumpa kan..... mulanyer nak gi kat jusco kepong jek, last2 pergi one utama plak, hehe. Jalan pergi adalah clear, tapi ada jem sket sbb lori rosak, huhu.




mungkin sume org dah nak balik raya kot, xgi shopping dah, hehe. Sesampainyer kat sana, turun2 jek kat kedai2 dier, kitorang trus cam sesat2 sket dah, hehe. fuh, penat berjalan kat sini, panjang sgt shopping complex dier, dah la puasa, hehe.
walaupon ini kali ke-3 kitorang meneroka OU ni, ni lah 1st time kitorang jumpa panggung wayang yang agi sekor tu...(xingat nama panggung, hehe). lantas kitorang membuat konklusi,"OU memang xtersusun kedainyer..."

Sesampainyer kat sana dlm kul 3.30, kitorang telah meronda kat sana sehingga kul 7, fuh, penat gak shopping time puasa ni, hehe. akibat kedai yg berterabur(menyebabkan kitorang sesat2, hehe), kitorang gi kat Jusco OU jek, senang, all in one, hehe.
so, hidayah pon memilih2 la baju2 ntuk dipakai raya sambil ako melihat2 ok ke x walaupon ako rabun warna, haha. ble dah abes shopping dah kul 6.30, kitorang gi pizzahut pastu.."sorry cik, sume dah penuh...". urgh, hampa... lantas kitorang pikir baik balik selayang mkn western, hehe.




so kitorang bli la air kat watson pastu gi kat kedai western tu... ako mmg suke sgt mkn benda bernama chicken golden blue kat situ, walaupon mknan tu xde warna golden atau blue pon, hehe. bende ni hidayah la yg introduce dlu2, dier chicken chop yg ada cheese kat dlm dier, YUM2!!, hehe.





Sedap hingga menjilat jari! hahaha. pas mkn trus balik umah kat jemerlang, pastu trus tertido sampai ke sahur, huhu, krooh... krooh... krooh...

Thursday, September 25, 2008

Rindu Belt-CP ako!!!


Masuk hari ni, dah 3 hari ako xmain helikopter kesayangan ako.... walaupon ako ada spare Honey Bee FP ako, ia tiada tandingan ngan Belt-CP ku... uuu.... sedih tatkala mengenang heli tu rosak...(serta kos2 yang bakal ditanggung, hehe).



Berlaku ketika hari isnin petang, ako bru jek wat adjustment kat pitch heli tu... kira nak test la petang tu... akibat ketidak-pro-an ako, heli itu menjadi tidak stabil...




hilang kawalan dan langgar dahan pokok pastu tussh, jatuh atas kete org, hehe. ako pon amik dan cabut lari la!! hahaha.....
dijangka kos pembaik pulihan adalah rm70... haih.... ni dah kali ke-3 crash ni dlm sebulan... haih agi skali...



Gatal tangan 2

Akibat membuak2 rasa nak guna kad maybank debit visa baru ako tu, ako pon pergi membeli pencuci muka... mulanyer hidayah yg nak gi beli barang ngan eskrem mcd, last2 ako yg gi bli pencuci muka skali, hehe.



alkisahnyer berlaku kat guardian selayang kapitol.... akibat membuak2 nak guna kad, tgn ako laju jek amik pencuci muka loreal pure zone deep exfoliating gel wash, hehe.
sampai jek kat kaunter,"ehehe, kak, nak beli ni bleh bayar pakai kad visa x? eheh" tanyer ako tersipu2 malu...

akak yg cam dah menhidu sesuatu yg ganjil pon kata "bole2". jeng2!, pantas ako keluarkan kad tu, hehe."hehe, first time ni kak, nak test guna, hehe", sapa ako nak cover bli barang rm16.90 jek pon nak guna kad, hehe.




rupa2nyer lama gak nak tunggu kad tu nak cam di'verified'kan. "tret... tret..."pastu kuar la kertas kat mesin kad tu...
"sila tandatangan kat sini ek", wahh... ako terasa cam org kaya plak, hehe. selalu papa jek yg wat ni, hehe. dah sain2, ako trus nak blah...
"eh2, tunggu resit dlu..." hahaha, malunyer xterkata, hehe. tapi selepas pengalaman ni, ako nekad nak guna kad je la, senang+perasan macho, hehe. sekali lagi ako bertindak jakun... hehe

Gatal tangan

2 hari lepas, hati ako tergerak nak wat debit card, kunun nak jadik hitech going cashless la kununnyer, hahaha(pengaruh tv, hehe).
semuanya bermula time dlu2 ako tgk iklan kad debit mastercard, yg dier wat gi bayar wayang xpayah nak beratur nak kuar duit kat ATM tu, ako pon berkata, "best gak ada kad ni, bleh kuar ngan dayah, hehe". lantas, operasi search n rescue pon dilakukan tapi hampa, kna wat ngan eon bank atau affin bank, pastu mahal gak la yearly fee dier, huhuhu =(.

search2 agi kat internet, jumpa plak maybank debit visa... cambest jek kad ni sbb ako dah ada akaun maybank... fuh, xde yearly fee tu kad ni!!! cuma kna bayar rm 12 jek nak tukar dari kad ATM maybank biasa tu ke yg baru ni, hehe. rupenyer kad ni dah lama gak kat pasaran, ako yg katak bwh tempurung, huhu. secepat cipan ako ke maybank terdekat, iaitu kat cawangan bandar baru selayang ntuk membuat kad tu..

Sesempainyer ako di situ, timbullah permasalahan, jeng3... kad mykad ako xdpt dibaca... APA???! urgh, xdpt nak detect cap jari ako rupenyer... jariku menghidap sakit berpeluh(hiperhydrosis), basah reader org maybank tu ako kerjakan. ternampak muka kecewa ako, abg bank tu memujukku, "xpe dik, adik gi kat JPN suro dier wat chip print...pastu dtg sini balik ye, bank tutup kul 4.30". walaupon ako tatau chip print tu ape, lebih merisaukan ako tatau JPN tu kat mana....(hati nak gak wat kad tu) "err, JPN tu kat mana bang?", "ala,kat sebelah masjid batu caves tu..". tergamam ako, masjid batu caves? xleh jadik ni,"ooo, masjid batu cave ek? kat mana ek tu? saya bru blaja sini, tatau jalan, hehe" cover line ako ngan muke comel ako walaupon hakikatnyer, dah setahun lebey ako dok kat area selayang, hehe.



panjang cerita dipendekan, ako berjaya jumpa JPN tu akhirnyer dan berjaya gak wat kad maybank debit visa tu aritu gak! yay! hehehe. jadikla ako org jakun xpenah tgk kad aritu... hehehe